Taktik dan operasi Helikopter_tentera

Rencana utama: Serangan udara

Sungguhpun tidak penting semasa operasi tempur, helikopter mampu memberikan kelebihan yang besar bagi pengendali mereka sebagai pengganda kuasa. Bagi memaksimakan kesannya, helikopter digunakan dalam pendekatan senjata gabungan (combined arms).[9]

Peperangan keamatan tinggi

Taktik helikopter dalam peperangan kematan tinggi di dunia barat dibangunkan dari segi Perang Dingin. Pasukan helikopter NATO di lihat sebagai penting bagi melumpuhkan sebarang serangan pukal oleh tentera dan kereta kebal Soviet.[2] Selama beberapa tahun, kekuatan tunjang pasukan ini adalah generasi pertama helikopter anti kereta kebal seperti Alouette Perancis dan Westland Scout British. Ia dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke permukaan seperti SS.11 dan SS.12. Kemudian ini digantikan dengan Aerospatiale Gazelle dan MBB Bo 105, dilengkapi dengan peluru berpandu HOT, dalam perkhidmatan Perancis dan Jerman, dan Westland Lynx, dilengkapi dengan TOW, dalam perkhidmatan British. Disebalik berhadapan dengan serangan, pasukan helikopter akan digunakan bagi memandu pasukan penjajah kesaluran yang kemudiannya akan diserang oleh perisai NATO, peluru pemampan (stand off munitions dan serangan udara.

Bagi mempertingkatkan ketahanan tempur helikopter bersenjata peluru berpandu dengan menghapuskan keperluan terbang pergi balik ke pengkalan mereka, helikopter pengangkut akan membawa juruteknik, mengisi peluru dan bahan api (biasanya pada pundi bahan api di bawah) ke hadapan. Helikopter pengangkut ini akan mendarat dan membina "Titik Pengisian Peluru dan Senjata Hadapan" - (Forward Arming and Refueling Points -FARP) di lokasi dan masa yang telah dipersetujui di mana helikopterbersenjata akan berundur untuk pengisian peluru dan bahan api dengan enjin dan kipas masih berputar.[2] Sebaik sahaja helikopter bersenjata telah diisi dan berlepas, juru teknik akan menaiki helikopter pengangkut dan kembali ke pengkalan bagi mengambil lebih banyak bahan api dan peluru bagi FARP berikutnya. Keselamatan FARP dikekalkan dengan menghabiskan sedikit masa di daratan. Dengan keupayaan membawa juru teknik dan pengisian semula dalam ruang penumpangnya, Mil Mi-24 Soviet mampu bertindak sebagai pengangkut FARPnya sendiri.

Di udara, sepasang helikopter anti kereta kebal dan sepasang helikopter peninjau tidak bersenjata atau senjata ringan akan membentuk pasukan pemburu-bunuh (hunter-killer). Terbang pada aras rendah dalam pendekatan menyusur bumi (nap-of-the-earth) kearah musuh, helikopter peninjau akan digunakan bagi mengesan musuh dan memeta kedudukan serangan hendap bagi helikopter bersenjata. Kemudian, helikopter peninjau akan menggunakan penetap laser bagi memandu peluru berpandu yang dilepaskan dari helikopter bersenjata. Selepas menjumpai sasaran, helikopter peninjau akan mengarah helikopter bersenjata di mana untuk melepaskan tembakan. Helikopter bersenjata hanya perlu naik dari persembunyian seketika untuk melepaskan peluru berpandunya sebelum kembali berundur dari ancaman. Tanpa jejak dari tembakan peluru berpandu yang menampakkannya, helikopter peninjau boleh memandu peluru berpandu kepada sasaran dengan selamat.

Pasukan pemburu-bunuh akan bekerjasama dengan kapal terbang pemusnah kereta kebal sayap kekal dan kapal terbang serangan darat. Menyerang barisan kereta perisai musuh bergerak di jalan, pasukan pemburu bunuh akan cuba menghentikan barisan tersebut dengan memusnahkan kenderaan pertama dan terakhir, membenarkan masa bagi kapal terbang sayap kekal menyerang.[2]

Sebagai tambahan kepada helikopter anti kereta kebal, tugas mengarah pasukan Soviet juga dilakukan oleh pasukan anti kereta kebal bergerak, seperti kenderaan tempur berperisai bersenjata peluru berpandu anti kereta kebal dan pasukan kecil komando dalam kenderaan ringan dengan membawa ATGW mudah alih. Rancangan Tentera British memerlukan pasukan anti kereta kebal bersaiz seksyen dilengkapi dengan ATGW MILAN mudah alih bawaan untuk diangkut oleh Lynx versi pengangkut pada kedudukan menyerang unsur echelon sisi dan belakang penceroboh.

Peperangan keamatan rendah

Rencana utama: Peperangan gerila

Dalam peperangan gurila dan menangkis pemberontakan (COIN - Counter-insurgency)) kedua pihak cuba mengekalkan kebebasan beroperasi sementara menafikan pihak lawan keupayaan ini. Dalam bentuk paling kasar, ini boleh ditakrifkan sebagai cubaan penguasaan darat. Sepanjang sejarah pertelingkahan sebegini, ini telah menjadi ciri pasukan penjajah/kerajaan berkubu dalam kubu pertahanan dan kawasan dari mana mengadakan rondaan dan konvoi. Pihak pemberontak dan gurila akan cuba memaksa kejatuhan pihak biasa melalui serang hendap, sabotaj, dan pembunuhan. Dalam permainan tikus dan kucing, pasukan COIN akan cuba menghalang pihak gurila beroperasi, dan menawan dan menghapuskan yang melakukan sebaliknya. Pihak gurila akan cuba mengelak pasukan COIN jika boleh kecuali mereka dalam keadaan menyerang hendap dan memenangi pertarungan dengan pasukan COIN.

Operasi pasukan COIN dari pengkalan tetap disambung dengan jaringan tetap jalan mungkin menjadi kelemahan. Penentang dan penyokong tempatan mungkin memantau kemudahan sebegini secara senyap dan mengumpul risikan mengenai jadual dan laluan peronda dan konvoi. Dengan risikan sebegini pihak penentang mampu menyelaras masa operasi mereka untuk mengelak pasukan COIN atau merancang serangan hendap bagi menghapuskan mereka, bergantung kepada situasi taktikal mereka sendiri.

Helikopter mengembalikan unsur kejutan dan kelenturan taktikal kepada pemerintah COIN. Peronda tidak perlu bermula di tempat yang sama (laluan utama kawasan tempatan), juga konvoy bekalan terpaksa melalui jalan dan lebuh raya yang sama. Sebagai contoh semasa keadaan The Troubles, Provisional Irish Republican Army menjadi mahir mengelak rondaan dan sekatan jalan raya tetap. Bagi mengelak pola mudah diramal, rondaan dijalankan oleh helikopter. Ini dikenali sebagai Peronda Helang (Eagle Patrols (pada awalnya menggunakan Westland Wessex dan kemudian ditambah dengan Aérospatiale Puma) dan mampu menghalang keupayaan IRA untuk mengerakkan ahli dan senjata.[2] Berupaya mengangkut 16 hingga 20 tentera, helikopter kerkeupayaan tinggi mampu mengerakkan cukup tentera bagi membentuk halangan jalan mudah alih yang berkesan, dengan separuh pasukan membentuk pasukan pencari dan separuh yang lain membentuk pasukan keselamatan pemantau. Sekatan jalan ini akan diletakkan bagi memintas kenderaan yang dikenal pasti oleh jaringan menara pemantau, helikopter peninjau, atau pemerintah Peronda Helang (Eagle Patrol), kerana bertindak dalam cara yang menimbulkan syak.

Dalam selepas penjajahan Iraq, 2003, helikopter telah digunakan sebagai lori bekalan udara dan pengangkut tentera bagi mematah penentang Iraqi.[10]

Rujukan

WikiPedia: Helikopter_tentera http://www.combataircraft.com/helicopter.aspx http://web.archive.org/20070316092743/www.defense.... http://www.globalsecurity.org/military/library/pol... http://www.globalsecurity.org/military/library/pol... http://www.globalsecurity.org/military/library/pol... http://www.globalsecurity.org/military/library/pol... http://www.globalsecurity.org/military/library/pol... http://www.globalsecurity.org/military/library/pol... http://www.globalsecurity.org/military/library/pol... http://www.globalsecurity.org/military/library/pol...